Tular di Twitter tentang luahan seorang doktor muda yang menceritakan bagaimanana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyebabkan dia kerugian bukan hanya masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit.
Menerusi hantaran itu, dia telah ditempatkan di Hospital Sri Aman, Sarawak dan terpaksa berpindah ke sana kerana rayuan dibuat tidak berjaya.
Mula cari rumah sewa dan selesaikan penghantaran kereta (dari Semenanjung) ke Kuching dengan kargo menggunakan duit poket saya sendiri.”
Tambahnya, pihak KKM memaklumkan bahawa penjawat sepertinya tidak boleh menuntut semula bayaran meskipun mereka berhak membuat tuntutan itu.
Tiba Kuching dan lapor tugas pada 31 Julai lepas, dia menerima panggilan keesokan hari daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengatakan bahawa namanya disenaraikan sebagai doktor bertugas di Hospital Segamat, Johor.
Kena pindah Semenanjung semula
Difahamkan, KKM telah mengeluarkan kemas kini keputusan rayuan pada hari Jumaat jam 4.45 petang dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pula berkata mereka tidak sempat untuk memberitahu doktor yang terbabit.
Dia juga diberitahu bahawa lapor tugas di Sri Aman itu tidak sah, dikira sebagai ‘tolak tawaran’ dan turut diarahkan untuk lapor tugas di Segamat secepat mungkin.
Apa yang KKM fikirkan? Saya dah guna banyak duit simpanan saya untuk berpindah ke tempat baru, hantar kereta, sewa rumah dan bayar deposit. Sangat mengecewakan.”
Our PTD has been in comfort zone for quite sometime. We need new changes.
Inefficiency in management might not cause anyone dying.
But definitely people had to fork out their own hard earned money.
Sad. Angry. Young doctors. pic.twitter.com/KRJ22zbNke
— #ZalihaOut (@RebuildKKM) August 4, 2023
Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet dan mendesak Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa untuk mengambil tindakan segera.
Malah di Twitter turut wujud tanda pagar #ZalihaOut kerana ramai dikatakan kecewa dengan sistem dan tiada kesungguhan daripada KKM untuk membela nasib doktor sebegini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Boleh Saman KKM Tak Kalau Macam Ni?” – Bazir Masa, Duit & Tenaga Pindah Ke Sarawak, Nasib Doktor Muda Ini Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments