Seorang TikTokers berkongsi pengalaman dan pahit manis menjadi pensohor media sosial apabila anak perempuannya yang berusia 2 tahun ditemui bermain dengan najis sendiri.
Ujar Masmi Rashid yang ditemui mStar, dia yang pada ketika itu sedang merekod video untuk kandungan berbayar TikTok di dalam bilik terkejut apabila anak keduanya datang dan beritahu bahawa si adik sedang main berak (tahi).
Saya terkejut jadi terus ke ruang tamu. Banyak tahu atas karpet di merata-rata tempat. Satu rumah busuk bau tahu.
Masa tu saya tengok dia dah dalam keadaan comot sampai termuntah. Saya dukung dia terus bawa masuk bilik air.
Jelas Masmi, dia tidak menyangka tempoh sesingkat seperti itu anaknya sudah ‘berjaya’ mengorek najis dalam lampin pakai buang yang dipakainya sebelum ini.
Dia dalam pada itu menafikan sangkaan sesetengah netizen yang menyangka anak perempuannya itu tergamak memakan tahi sendiri kerana dia ada menghidu mulut si kecil itu namun tidak berbau busuk.
Lepas siap uruskan anak barulah saya cuci karpet dan buang tahi pada dinding tersebut dan tak tunggu suami balik untuk cuci.
Katanya, dia baru sahaja mula mencari pendapatan menerusi TikTok setelah diberhentikan kerja akibat majikannya muflis.
“Saya kongsikan video tu untuk nikmati kenangan membesarkan anak-anak. Momen-momen macam ni tak akan datang dua kali. Enjoy je dengan ragam anak-anak. Janji kita tahu macam mana nak uruskan hal anak-anak.” ujar Masmi mengakhiri bicara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Satu Rumah Busuk” – Ibu Sibuk Buat ‘Content’ Untuk TikTok, Anak Korek Pampers Calit Tahi Di Dinding first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments