#Hiburan: “Kalau Panjang Umur Saya Berubah” – Digelar Pak Cik Tua Masih Berantai Dan Bergelang, Zainal Abidin Anggap Netizen Bebas Bersuara

Penyanyi lagu malar segar, Datuk Zainal Abidin menganggap netizen di luar sana mempunyai kebebasan untuk bersuara sekaligus membuatkan dia tidak memandang negatif segala komen negatif yang pernah diterimanya.

Kata Zainal,64, dia tidak ambil peduli dengan sebarang teguran dan kritikan mengenai isu pemakaian rantai dan gelang meskipun sudah memegang gelaran warga emas.

Advertisement

Ada yang berkata pak cik ni tua dengan berantai dan gelang tapi masih nak nyanyi lagi, Insya-Allah terima kasih kalau panjang umur saya berubah, inilah netizen dan kebebasan bersuara, semua orang boleh berkata sedemikian.

Ujarnya lagi, dia berasa kasihan dengan artis baru yang tidak boleh menerima teguran kasar dan memberikan contoh dia sebagai artis yang membiarkan saja mereka berkata-kata buruk mengenai dirinya.

Kasihan pada artis muda yang mungkin tak boleh terima teguran sedemikian tapi yang berusia macam saya ini walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, saya biarkan saja mereka berkata-kata.

Perkembangan terkini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hijau ini bakal membuat persembahan di Konsert Tiba Masa pada 30 September depan bertempat di Istana Budaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad Zainal
14 hours ago

Peminat Sangka Nad Zainal Menjauh Daripada Kawan Lama Kerana Sudah Bertudung, Ini Jawapan Tuan Badan..

 

The post “Kalau Panjang Umur Saya Berubah” – Digelar Pak Cik Tua Masih Berantai Dan Bergelang, Zainal Abidin Anggap Netizen Bebas Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments