#Hiburan: “Masak Sempoi Suami Nak Balik Mengundi” – Miera Liyana Dipuji Pandai Ambil Hati, Masak Lauk Kegemaran Anak Tiri

Pelakon Miera Liyana baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story mengenai hidangan yang dimasak buat suami dan anak-anak tersayang.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga berada, namun Miera dipuji kerana tidak mengabaikan tanggungjawab mengenyangkan perut suami kepada pembantu rumah semata-mata.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Miera dilihat rajin memasak buat suami, Rosland Othman yang khabarnya pulang mengundi di Seremban.

Masak sempoi suami nak balik mengundi di Seremban.

Dia kemudiannya memuat naik proses memasak juadah asam pedas ikan bawal dan daging goreng kunyit garing.

Miera juga sempat berseloroh dan mengaitkan masakannya dengan ‘mak cik bawang’

Terdahulu, Miera ada berkongsi masakan daging kicap yang menjadi menu kegemaran anak termasuklah anak tirinya.

Masakan Miera LiyanaSumber : Instagram  
InstagramSumber : Instagram  

Miera sebelum ini menjadi bahan kontroversi apabila suami, Rosland Othman telah menceraikan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib dengan talak satu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2020 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

16 hours ago

Pembatalan Majlis Nikah Mimi Lana & Syafiq Kyle Bukan Dibuat Saat-Saat Akhir, Ini Penjelasan Sebenar....

The post “Masak Sempoi Suami Nak Balik Mengundi” – Miera Liyana Dipuji Pandai Ambil Hati, Masak Lauk Kegemaran Anak Tiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments