#Hiburan: “Kalau Saya Bagitau Ni ‘Impact’ Karier Dia” – Sharifah Sakinah Sedang Kenali Lelaki Berpengaruh Besar, 20 Tahun Lebih Tua

Pelakon Sharifah Sakinah akui kini sedang mengenali hati budi dan berteman rapat dengan seorang warganegara asing dan 20 tahun lebih berusia daripadanya.

Tambahnya, jejaka itu mempunyai pengaruh besar dan Kinah perlu merahsiakan identitinya kerana ia mungkin memberi impak terhadap karier lelaki tersebut.

Advertisement

Kinah juga enggan melabel hubungan mereka sebagai teman istimewa kerana status tersebut tidak melambangkan apa-apa.

Sebab tu saya tak label dia sebagai boyfriend. Saya sayang dia, saya suka bersamanya dan selesa dengannya (jadi) status tidak memberi makna apa-apa pada saya….

….Bagi saya bila kita selesa dengan seseorang itu bermakna orang itu mempunyai hati yang sangat baik.

kinah

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut turut berkata wanita perlu belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Kinah turut akui pengalaman cinta yang lalu memberinya pengajaran untuk percintaannya kali ini memandangkan mereka menjalani hubungan jarak jauh.

Sentiasa sayang diri sendiri dulu. Sebab tu saya sangat bahagia walaupun jarak jauh sebab kita tak ada rasa ragu atau sangsi. Perasaan ragu sebegitu yang memberi toksik dalam hubungan.

Sharifah Sakinah
2 days ago

"Saya Jumpa Awak Di Alam Lain" - Sharifah Sakinah Sindir 'Sahabat' Rakan Artis Narsistik Dan 'Fake'

The post “Kalau Saya Bagitau Ni ‘Impact’ Karier Dia” – Sharifah Sakinah Sedang Kenali Lelaki Berpengaruh Besar, 20 Tahun Lebih Tua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments