Meskipun sudah lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pergi meninggalkan kita, namun kehilangannya masih dirasai terutama buat anak-anak dan juga suami.
Terbaru, suami arwah Siti Sarah iaitu Shuib ada memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang memujuk anak perempuan mereka, Dzahira Talita Zahira,9, ketika menziarahi pusara ibunya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Ianya ternyata telah mengundang sebak netizen yang turut bersimpati apabila melihat anak gadis Shuib itu menangis dan mengesat air mata kerana terlalu rindukan ibunya.
Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik, Dekta kuat. – netizen
Dalam sebuah hantaran yang lain di Instagram Story usahawan itu, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.
“Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” soal Shuib.
Pertanyaan itu dijawab Matin yang membalas bahawa dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.
Sekadar info, hasil perkongsian hidup Shuib dan Siti Sarah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,7, dan Ayash Affan yang kini berusia 5 bulan.
The post (VIDEO) Talita Menangis Di Kubur Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments