#Hiburan: (VIDEO) Takut Jiran Marah, Geng RXZ Tolak Motor Berjemaah Ke Jalan Besar Gara-Gara Bunyi Bising

Rasanya semua sedia maklum bahawa motosikal RXZ merupakan antara motor yang memiliki bunyi ekzos yang agak bising.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berasa terganggu apabila mendengar deruman motor jenis ini di atas jalan raya atau di kawasan perumahan, belum lagi yang telah mengubahsuai bunyi motor mereka itu.

Advertisement

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila ada sekumpulan remaja geng RXZ telah mengambil inisiatif untuk menolak motor mereka beramai-ramai sehingga ke jalan besar.

Ini berikutan mereka enggan jiran-jiran rasa terganggu dengan bunyi bising motor RXZ yang dibawa mereka.

Advertisement

Ianya ternyata telah menuai pujian netizen yang rata-rata menganggap tindakan mereka adalah bertanggungjawab bagi menjaga ketenteraman awam di kawasan perumahan tersebut.

“Terbaik bang kita masuk tempat orang kita jaga hari orang sekeliling, barulah mat motor dihormati..” komen seorang netizen.

Hobi, hobi juga, tapi jangan sampai kacau orang sekeliling sudah la ya!

macam alam bunian, tema warna putih
2 hari lalu

(VIDEO) "Macam Kampung Bunian" - Tema Majlis Serba Putih, Netizen Konfius Mana Satu Pengantin

The post (VIDEO) Takut Jiran Marah, Geng RXZ Tolak Motor Berjemaah Ke Jalan Besar Gara-Gara Bunyi Bising first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments