#Hiburan: “Macam Sewa Condo..”- Iklan Sewa Rumah PPR RM1.4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

Permintaan rumah atau bilik untuk disewa pastinya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana dalam ekonomi zaman sekarang, tidak semua orang mampu untuk membeli rumah mereka sendiri.

Terbaharu, iklan harga rumah sewa di Pantai Permai yang disiarkan dalam ‘Facebook Group Rumah / Bilik Sewa Kuala Lumpur Dan Selangor (KL/Sel) Sewa Jual beli’ ini telah menjadi bualan netizen.

Advertisement

 

iklan rumah sewaSumber : Facebook  

 

Ianya menjadi perhatian warga maya kerana iklan tersebut menawarkan rumah jenis flat PPR di Perumahan Pantai Permai dengan kadar sewa bulanan mencecah RM1,400 tidak termasuk deposit yang didapati mencecah RM5,100.

Malah, ianya dibuka untuk sewaan kepada mereka yang berminat dengan tiada sebarang perabot atau peralatan elektrik asas (fully furnished).

Advertisement

Perkongsian tersebut ternyata mengundang kritikan netizen yang merasakan harga yang ditawarkan adalah tidak masuk akal dan sangat mahal bagi sebuah rumah PPR serta lebih baik menyewa di kondominium dimana harganya hampir sama.

 

Komen netizenSumber : Facebook  

 

Agak-agak la nak tekan harga. Tak masuk akal langsung. Harga mengalahkan duduk condo atau rumah landed. – netizen

Netizen juga menganggap tindakan pemilik unit tersebut sebagai menindas mereka yang terdesak untuk mencari rumah sewa apabila mengenakan harga sedemikian rupa.

Abang Spanar
16 jam lalu

Kes Pukul Suami Isteri, ‘Abang Spanar’ Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Mangsa

The post “Macam Sewa Condo..”- Iklan Sewa Rumah PPR RM1.4k Sebulan Buat Netizen Terkejut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments