#Hiburan: Konon Nak Nampak ‘Berjaya’, Sifu Trading Kantoi Bergambar Depan Jet Peribadi Orang Lain

Rasanya tektik sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab gunakan kemewahan bagi mengaburi mata orang ramai sering kali digunakan untuk menunjukkan diri mereka berjaya dalam bisnes.

Baru-baru ini, seorang ‘sifu’ trading yang dikenali sebagai Anai-Anai Trader telah berkongsi sebuah foto dirinya bersama jet peribadi mewah yang didakwa dibeli dari hasil kejayaan bisnes trading.

Advertisement

Walau bagaimanapun, kisahnya itu tular di Twitter apabila ramai yang berasa ragu-ragu dalam penulisan sifu itu kerana kebiasaannya golongan scammer akan membuat tulisan seperti itu untuk menipu orang ramai.

Lebih membuatkan orang ramai syak sifu ini menipu bila sticker pada jet peribadi yang didakwanya itu hilang dalam gambar lain yang dikongsikan oleh beliau.

Advertisement

Seorang pengguna Facebook juga ada mengesahkan bahawa terdapat sebuah jet peribadi yang didaftarkan dari Amerika Syarikat berlabuh di lapangan terbang Subang dan Kuching dalam tempoh beberapa hari lalu sebelum berlepas kembali ke Dubai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘memerli’ golongan-golongan seperti ini yang sering kali menggunakan jalan cerita yang sama setiap kali berkongsikan kisah mereka.

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

aliff syukri face mask bocor
2 years lalu

Aliff Syukri Nafi Menipu, Batal Jual Topeng Muka "Kalis Air"

The post Konon Nak Nampak ‘Berjaya’, Sifu Trading Kantoi Bergambar Depan Jet Peribadi Orang Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments