#Hiburan: Kes Harian Bakal Cecah 15k, KJ Gesa Warga Emas Ambil Dos Penggalak

Semalam, negara merekodkan kes harian COVID-19 sebanyak 10,089 kes di mana trend peningkatan ini dilaporkan telah bermula sejak beberapa hari lalu dipercayai penularan varian baharu Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan bahawa negara sudah pun memasuki fasa gelombang Omicron dan menjangkakan kes bakal meningkat sehingga 15,000 tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut menyatakan bahawa masih ramai lagi warga emas yang belum mendapatkan dos penggalak dan menyarankan agar anak-anak menasihati ibu bapa yang belum disuntik ‘booster’ agar mendapatkannya dengan segera.

Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan Khairy sebagai respon kepada bacaan model SEIR yang dimuatnaik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Advertisement

Dalam ciapan tersebut, DG Hisham menunjukkan keberangkalian unjuran kes harian di mana negara boleh mencapai Ro/RT sebanyak 1.2 namun dengan liputan vaksin yang luas serta pengambilan dos penggalak, ianya dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19 varian jenis Omicron.

KJ
3 hari lalu

"Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya" - Khairy Jamaluddin

The post Kes Harian Bakal Cecah 15k, KJ Gesa Warga Emas Ambil Dos Penggalak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments