#Hiburan: Kecewa Kekasih Tak Angkat ‘Call’, Lelaki Cuba Bunuh Diri Nekad Terjun Bangunan

Seorang lelaki cuba membunuh diri di bumbung tingkat 18 sebuah apartmen di Taman TTDI, awal pagi tadi gara-gara gagal menghubungi kekasihnya.

Menurut laporan Kosmo, lelaki berusia 27 tahun itu juga dikatakan baru bercerai dengan isterinya pada November tahun lalu.

Advertisement

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 pagi.

bomba

Lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran gagal menghubungi kekasihnya, selain pernah juga cuba membunuh diri di Pulau Pinang.

Difahamkan, lelaki tersebut sempat memaklumkan kepada rakannya di Pulau Pinang berhubung tindakannya dan memanjat dari tingkat 17 sebelum berada di bumbung tingkat 18 berkenaan.

Advertisement

bomba

Norazam bekata, bomba yang tiba terus melakukan operasi pujukan dan menyelamat selain memasang tilam angin di bawah apartmen berkenaan. Operasi memujuk turut dibantu adik dan bekas isterinya.

Dalam pada itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki tersebut mempunyai masalah tekanan perasaan.

khairy jamaluddin
18 jam lalu

"Kalau Satu Atau Dua Bulan Ni Kes Omicron Menurun, Selamat Hari Raya.." - Khairy Jamaluddin

The post Kecewa Kekasih Tak Angkat ‘Call’, Lelaki Cuba Bunuh Diri Nekad Terjun Bangunan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments