#Hiburan: “Saya Tidak Bersara Daripada Lakonan Atau Melakukan Penghijrahan” – Zul Ariffin

Semakin berubah daripada penampilan imej sejak kebelakangan ini selain bertindak menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun ini, ramai yang menebak bahawa Zul Ariffin mungkin bakal berehat daripada dunia lakonan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pelakon lelaki berbadan sasa itu menafikan sekerasnya mengenai dakwaan berkenaan.

Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan atau melakukan penghijrahan. Buat masa ini, saya secara perlahan-lahan sedang cuba untuk memperbaiki diri dan kerjaya.

Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo Online!, Zul menjelaskan bahawa dia sudah lama mendalami ilmu agama namun hanya diketahui ramai baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)


Malah mengakui bahawa dia memahami perasaan sesiapa yang baru menjejaki dunia berkenaan, selain mendedahkan bahawa dia bukanlah seorang hamba yang sempurna dahulu.

Saya faham sebab sebelum ini pun, saya tergolong dalam kalangan orang yang bersepah solat. Saya faham kesukaran dan ujian untuk memulakan sesuatu terutama tiang agama. Itu belum perihal yang lain.

Semoga Zul bahagia dengan jalan yang dipilih.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Tidak Bersara Daripada Lakonan Atau Melakukan Penghijrahan” – Zul Ariffin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments