Penyanyi rap, Caprice menerima teguran netizen gara-gara memuat naik posting berkaitan kisah penceraian selebriti media sosial, King Coco.
Netizen mendakwa gurauan Caprice kali ini agak keterlaluan dan melampau. Tambah netizen lagi, Caprice memberi contoh tidak baik kepada pengikut apabila memuat naik kapsyen sedemikian.
Malah, ada yang mendakwa gurauan Caprice itu berbaur gangguan seksual dan tidak menghormati wanita.
Selepas dikritik, penyanyi lagu ‘Xde hal bro’ ini dipercayai telah menukar kapsyen dengan menyatakan dia dan King Coco boleh melakukan panggilan video untuk belajar memasak.
Boleh tak tolong bagi number Caprice dekat dia so boleh video call dan belajar masak cili api.
Meninjau ke ruangan Instagram Story, Caprice dilihat telah menghubungi King Coco menjelaskan situasi sebenar.
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail nampaknya tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakan. Selebriti media sosial itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat Caprice.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Netizen Tegur Caprice Gurau Melampau, King Coco Okay Sahaja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments