#Hiburan: Hebat! Sasha Saidin Dah Terima Suntikan Vaksin Yang Keempat

Jika masih ada dalam kalangan artis atau ahli masyarakat yang menolak vaksinasi COVID-19, pengalaman yang dikongsikan oleh penyanyi Sasha Saidin sebagai penerima empat kali dos vaksin COVID-19 ketika ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

Advertisement

Sasha yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suaminya, Sirhan Wahab, berkata di hantaran Instagramnya dia telah mula menerima vaksin sejak Disember tahun lalu.

Tambahnya lagi, kes jangkitan virus COVID-19 di UAE juga menurun dengan mendadak dan berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin)

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Sasha turut menjawab persoalan seorang individu di Instagram yang bertanya tentang keperluan menyuntik pelbagai vaksin di dalam badan.

Lebih baik bersedia daripada menangis kemudian hari. Semuanya kehendak Allah.

Sasha Saidin dan suami

Sekadar info, Sasha berpindah Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, seorang duda anak dua pada 20 Januari tahun lalu. Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003, tetapi bercerai empat tahun kemudian.

The post Hebat! Sasha Saidin Dah Terima Suntikan Vaksin Yang Keempat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments