#Hiburan: Kini Jual Pes Kuah Kacang, Karl Shafek Terharu TokTi ‘Repeat’ Order

Pengacara dan personaliti TV, Karl Shafek tidak menyangka penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberikan sokongan yang padu terhadap perusahaan pes kuah kacang yang menjadi punca rezekinya kini.

Advertisement

Rasanya ramai yang sedia maklum bahawa Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi itu sering membuat ulasan dan promosi makanan yang diterimanya di Instagram.

IG Karl ShafekSumber : Astro Gempak  

Mungkin ia inisiatif tersendiri penyanyi lagu Cindai itu untuk membantu peniaga kecil, Karl Shafek meluahkan rasa teruja apabila dia telah menerima pesanan yang banyak daripada TokTi.

Pada asalnya, saya hanya memberikan produk-produk saya termasuk pes kuah kacang segera kepada beliau sebagai buah tangan sekitar bulan ramadan yang lalu. Enam bulan kemudian, saya terkejut menerima DM daripada beliau yang ingin memesan pes tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Saya fikir, beliau mahu berikan kepada saudara mara, tetapi rupanya untuk dijadikan stok simpanan keluarga beliau sendiri.

Tambah Karl lagi, dia pernah menulis mesej sokongan daripada penyanyi tersohor itu terhadap produknya di laman Twitter.

Advertisement

Setelah itu, produk jualannya itu habis terjual sebelum ia dilancarkan secara rasmi di kedai Khalish Official Store di Shopee beberapa bulan yang lalu.

Mengakui berasa sangat terharu dengan sokongan yang diberikan Siti, Karl yakin ramai peniaga kecil di luar sana juga telah mendapat sokongan daripada artis nombor satu negara itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kini Jual Pes Kuah Kacang, Karl Shafek Terharu TokTi ‘Repeat’ Order first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments