#Hiburan: Rasa Macam Kena Buli, Elizabeth Tan Takut Nak Buat Single Baru, Kenapa Tu?

Impian penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan untuk menghasilkan lagu baru nampaknya terbantut berikutan usahanya untuk meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia (Warner) masih lagi tertunda.

BACA: “Saya Tak Rasa Seksi Pun..” Elizabeth Tan Nafi Pakai Baju Singkat Untuk Raih Perhatian

Advertisement

Jelas Elizabeth yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy ini, dia masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai statusnya bersama syarikat rakaman tersebut.

Dia memaklumkan mengenai perkara itu ketika sidang media drama Gerak Khas Undercover yang diadakan secara maya pada Isnin lalu.

Advertisement

Lizzy dah hantar surat, tapi Warner tak balas. Jadi apabila mereka tak balas saya takut nak buat apa-apa. Saya perlukan black and white daripada mereka. Kalau mereka tak nak bagi saya masih takut.

Lizzy dalam pada itu meluahkan harapan agar segala kekusutan yang melanda antara dia dan pihak Warner akan diselesaikan secara baik.

Saya tak nak ada drama, saya nak benda ini settle secara baik. Bagi semua orang masa untuk settle down. I cuma tak nak cakap buruk, saya rasa macam kena buli sikit, itu sahaja.

Terdahulu, Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia sudah menghantar surat guaman untuk keluar daripada Warner selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman itu pada bulan Februari yang lalu.

Manakala lagi terakhir Lizzy adalah lagu Shh ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang diterbitkan pada Disember 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Rasa Macam Kena Buli, Elizabeth Tan Takut Nak Buat Single Baru, Kenapa Tu? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments