Penyanyi Elyana merayu kepada para peminat agar tidak tampil meninggalkan komen di Instagramnya mengenai cerita kematian membabitkan pesakit kanser.
Kata Elyana, dia hanya mahu peminat lebih sensitif dan memahami keadaannya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi sakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun yang lalu.
Tambahnya, tiada keperluan untuk mereka menceritakan pengalaman berkaitan kematian kerana ia sedikit sebanyak dapat menakutkan pesakit yang sedang bertarung dengan penyakit yang dihidapi.
Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi, saya merayu sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan. Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakutkan pesakit yang sedang sakit.
Pelakon drama popular Dunia Baru ini juga sempat memohon maaf sekiranya permintaannya itu dianggap keterlaluan.
Terdahulu, Elyana dilaporkan sudah mula menjalani rawatan kemoterapi bermula semalam.
Dia sebelum ini ada meluahkan rasa sakit teramat sangat kerana sudah lebih setahun menanggung derita akibat sakit yang dihidapinya sehinggakan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana berasa kurang selesa.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Berhenti Kongsi Cerita Pesakit Kanser Mati..” – Elyana Rayu Peminat Fahami Keadaannya Kini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments