Siapa tidak kenal dengan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli yang sering mencetuskan kontroversi hangat. Liana atau lebih mesra disapa Kak KM walau bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan kecaman orang ramai.
Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran ibu, Kak KM telah menghadiahkan seutas gelang emas sebagai tanda penghargaan. Tersentuh dengan kejutan yang diterima, pelakon itu dilihat mengalirkan air mata.
Melihat kepada situasi tersebut, Kak KM secara spontan berseloroh menenangkan ibunya. Menurut Kak KM, hadiah gelang emas itu tidaklah seberapa harganya, tidak sampai RM100,000 pun.
@yantimohddani3Sayang Mak normah #kakkk #sweetdara? original sound – Kmsweetdara_Hq?
Jelas Kak KM lagi, gelang tersebut ditempah khas istimewa buat ibunya. Hadiah yang diberikan itu adalah balasan kepada segala pengorbanan yang telah dilakukan. Katanya, apa yang dimilikinya itu adalah berkat doa daripada seorang ibu.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut tersentuh dan memuji sikap usahawan itu yang sentiasa menggembirakan hati seorang ibu. Netizen berpendapat, bukan nilai yang menjadi ukuran sebaliknya tanda ingatan daripada seorang anak itu sendiri.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Kaya Sebab Doa Mak” – Normah Damanhuri Menangis Anak ‘Surprise’ Gelang Emas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments