#Hiburan: “Penat Duduk Hospital Berbulan, Terseksa Zahir Batin, Akhirnya Adik Balik Rumah” – Ibu Izuan Fitri

Ibu kepada pelakon remaja, Izuan Fitri iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan anak lelakinya sudah pulang ke rumah pada Isnin lalu setelah berbulan dirawat di hospital akibat jangkitan tibi.

Advertisement

Menurut Nor, dia menitipkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana akhirnya Izuan selamat pulang ke rumah setelah setiap hari menantikan kepulangannya dengan penuh kesabaran.

Penat dah duduk hospital berbulan, terseksa zahir batin. Kena cucuk, suntik sana sini dan akhirnya! Selamat adik pulang ke rumah.

Izuan Fitir keluar hospital

Menerusi hantaran lain, Nor berkongsi perkhabaran gembira apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dana Rahmah memberi sumbangan berupa katil khas buat adik Izuan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya untuk Dana Rahmah terus berjaya membantu setiap insan yang tiada berkeupayaan.

Terdahulu, pelakon filem Crossroads: One Two Jaga itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut akibat selepas diserang sawan berikutan penyakit batuk kering yang dihadapi.

Izuan kemudiannya dipindah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan selamat menjalani pembedahan otak di hospital terbabit dengan mengambil masa lapan jam pada 5 Ogos yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Penat Duduk Hospital Berbulan, Terseksa Zahir Batin, Akhirnya Adik Balik Rumah” – Ibu Izuan Fitri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments