#Hiburan: “Cukuplah Mengapikan Orang..” Netizen Minta Zul Yahya Berhenti Kongsi Dakyah Anti-Vaksin

Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima kritikan netizen apabila dia ada memuat naik beberapa hantaran mengenai pandangannya terhadap vaksin COVID-19.

Advertisement

Dalam satu hantaran yang dimuat naik Zul di Instagram, pelakon drama Pepaya ini berkata pemberian vaksin COVID-19 telah menyebabkan perkara seperti isu diskriminasi muncul di dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Covid made in Chine membuka jalan kepada vaksin. Vaksin membuka jalan kepada diskriminasi. Tahniah.

Susulan daripada kenyataan itu, ramai pengguna media sosial menganggap Zul seolah-olah memperkecilkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kes harian COVID-19 di negara kita.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meminta pelakon itu untuk berhenti menyebarkan dakyah-dakyah anti-vaksin serta teori mengarut mengenai COVID-19 itu di media sosial.

“Tak habis-habis label buruk usaha orang yang vaksin di negara sendiri. Tak lama lagi akan buka juga semua sektor dan solat rapat saf.” tulis seorang netizen.

“Cukup-cukup mengapikan orang..” sahut pengguna media sosial yang lain.

Terdahulu, Zul Yahya dilihat sering berkongsi mengenai keraguan dan kenyataan provokasi mengenai vaksin COVID-19 di media sosial selain pernah mencuri tumpuan netizen apabila dia memilih untuk memberhentikan anak-anaknya daripada mendapatkan pendidikan di sekolah kerana ingin memberi pendidikan agama yang lebih sebagai bekalan ke akhirat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Cukuplah Mengapikan Orang..” Netizen Minta Zul Yahya Berhenti Kongsi Dakyah Anti-Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments