#Hiburan: Sambut ‘Anniversary’ Yang Ke-5, Shalma Ainaa Tak Tertekan Belum Dikurniakan Zuriat

Pengacara yang dikenali ramai, Shalma Ainaa menyambut ulang tahun perkahwinan tahun kelima bersama suami, Wan Immar Izzat pada 17 September lalu berkata dia tidak berasa tertekan apabila belum mempunyai rezeki dikurniakan cahaya mata.

Advertisement

Menurut Shalma dalam perkongsiannya di saluran YouTube miliknya baru-baru ini, dia serta suami kini bahagai melayari kehidupan sebagai suami isteri dan menyerahkan soal zuriat kepada Ilahi.

Saya selalu melihat setiap perkara dari sudut yang positif seperti apa yang kami miliki sekarang sudah cukup bahagia. Saya memang sukakan kanak-kanak, cuma Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Tambahnya lagi, dia turut memberi nasihat kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat agar tidak berasa tertekan untuk mendapatkan anak atas kerana tekanan dari pihak lain.

Kena selalu ingat yang kita tidak boleh buat semua orang gembira. Cukuplah sekadar kita dan pasangan berasa gembira dengan kehidupan yang dilalui.

Shalma Ainaa dan suami

Sekadar info, Shalma atau nama sebenarnya Shalma Ainaa Bruhanutheen dan Imar mendirikan rumah tangga pada 17 September 2016 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sambut ‘Anniversary’ Yang Ke-5, Shalma Ainaa Tak Tertekan Belum Dikurniakan Zuriat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments