#Hiburan: “Buat Reviu Produk Besar Ke Kecik Ke, Tolong Elak Wanita Bertudung..”- Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah tampil memberi teguran terhadap beberapa individu yang menampilkan wanita bertudung sebagai model iklan untuk memberi ulasan mengenai produk membesarkan payudara di media sosial.

Advertisement

Kata Noorkhiriah, perbuatan menggunakan model muslimah untuk tujuan mempromosikan produk sebegitu boleh menjatuhkan maruah kaum hawa yang bertudung.

Dia membuat kenyataan teguran tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

 

Maaf andai apa yang nak disentuh ini membangkitkan kemarahan sesiapa yang membaca, begini, sesiapa yang nak buat review produk besar ke kecil ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak? Menjatuhkan maruah, atau korang saja memang nak jatuhkan maruah wanita bertudung, sebab itu bertudung menutupi dada, labuh dan bila dah labuh tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.

Tambah pelakon drama popular Nur ini lagi, dia tidak mengetahui apa motif sebenar mereka yang memperagakan produk membesarkan alat sulit wanita namun berpakaian menutup aurat dan menggoyang-goyangkan badan.

NoorkhiriahSumber : Google  

Ujarnya lagi, teguran itu dibuat kerana merasa prihatin terhadap sesama wanita dan perlulah sentiasa menjaga maruah dan saling menghormati antara satu sama lain.

Dia walau bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen hantaran tersebut di Instagram.

“Maaf saya tegur, kita sesama wanita hormat dan jagalah maruah kita. Saya tak nak cakap besar tapi selagi punya kudrat walaupun makan kicap sekalipun saya takkan buat review sebegini.” tulisnya panjang lebar di Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Buat Reviu Produk Besar Ke Kecik Ke, Tolong Elak Wanita Bertudung..”- Noorkhiriah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments