Bekas ahli kumpulan muzik One Nation Emcees, Zydee Edris dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah diserang strok di mana keadaan itu telah menyebabkan saluran darah ke otaknya telah pecah.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anggota kumpulan itu iaitu Kozae Mustaza di mana dia memakluman Zydee kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
Saya diberitahu mengenai Zydee oleh ahli keluarga dia. Kata mereka Zydee ada bagitahu dia rasa kurang sihat. Menurut mereka lagi doktor tidak boleh membuat pembedahan kerana saluran darah yang pecah terlalu sensitif dan dekat dengan otak.
Kozae dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar mendoakan Zydee segera pulih dan sihat seperti biasa.
“Tidak ada apa-apa yang kita boleh lakukan sekarang kecuali mendoakan agar Zydee kembali sedar dan sihat seperti sedia kala.” ujar Kozae
Sekadar info, ahli asal kumpulan hip hop ini terdiri daripada Mimi, Kozae Murtaza, Zydee Edris dan Jojoe.
Kemudiannya, Zydee telah digantikan dengan Sabhi Saidi dan telah membuat kemunculan di program Gegar Vaganza musim ke-6.
Dua minggu selepas tamat program itu, Mimi kemudian mengumumkan pengunduran dan posisinya telah digantikan dengan pelakon Adeline Tsen sebagai ahli baru kumpulan itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Bekas Anggota Kumpulan One Nation Emcees, Zydee Kini Kritikal Diserang Strok first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments