Terpaksa mengambil tindakan tegas kerana enggan terlibat dalam sebarang masalah di kemudian hari, pengarah Along Kamaludin memaklumkan bahawa dia terpaksa menggugurkan beberapa nama pelakon yang enggan divaksin.
Dia yang kini dalam rangka kerja penggambaran naskah terbaru berjudul Abang Ngah terpaksa berbuat demikian kerana ingin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan juga FINAS terhadap industri seni dan kreatif.
Kata Along lagi, ada beberapa pelakon mendakwa masih tidak lengkap vaksin namun sehingga ke tarikh akhir untuk sesi ‘shooting’, mereka itu tidak lagi mendapatkan suntikan pelali dan memberikan pelbagai alasan.
Sampai ke hari nak penggambaran, masih bagi alasan belum vaksin dan macam-macam alasan lagi. Saya terpaksa akur dengan SOP ditetapkan MKN dan FINAS iaitu kena lengkap vaksin baru boleh bekerja. Jadi saya tiada pilihan dan terpaksa gugurkan beberapa nama pelakon untuk telefilem ini.
Enggan mendedahkan nama pelakon tersebut, Along menegaskan bahawa dia tidak ingin memaksa sesiapa untuk mendapatkan vaksin.
Manakala bagi pengarah terkenal Sheila Rusly, syarikat penerbitannya juga enggan mengambil sebarang risiko apabila bekerjasama dengan mereka yang tidak lengkap vaksin.
Ada juga kru yang tak vaksin, jadi kami tak ambil. Ada juga sudah ambil tapi baru satu dos, tapi kita nak ambil risiko. Jadi yang boleh bekerja dengan JS Pictures adalah artis dan kru yang sudah lengkap vaksin.
Ujar Sheila, setiap pihak haruslah mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan kerana ia adalah tanggungjawab individu dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19 ini dalam kalangan masyarakat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Pengarah Along Kamaludin Dan Sheila Rusly Terpaksa Gugur Nama Pelakon Tak Ambil Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments