#Hiburan: Bayar Zakat Lebih RM50k, Aliff Syukri Doa Minta Jauh Bala

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram di mana dia khabarnya baru sahaja membayar zakat bernilai lebih RM50k.

Advertisement

Meskipun pernah memaklumkan bahawa perniagaannya turut terjejas berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu, Aliff memberitahu sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk membayar zakat.

Tambahnya lagi, ramai yang terkesan dari segi mental dan emosi akibat wabak tersebut yang dilihat semakin memulih dari hari ke hari.

Kehidupan yang serba mencabar ini ramai orang terkesan bukan sahaja covid tetapi tekanan emosi dan juga perasaan. Semoga dengan bantuan zakat hasil bisnes @as.hijabofficial, @dherbsholdingshq, @sugehecoresot yang saya salurkan kepada @zakatselangor ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Dia dalam pada itu turut memohon doa agar perniagaan yang diusahakannya selama ini terus maju dan dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat dan ingin menjatuhkan empayar perniagaan miliknya itu.

Menjengah ke ruangan komen, pengikut media sosial usahawan itu rata-rata memuji sikap murni Datuk Aliff yang tetap melunaskan tanggungjawab dan kekal membuat amal kebajikan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bayar Zakat Lebih RM50k, Aliff Syukri Doa Minta Jauh Bala first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments