#Hiburan: Anak Positif COVID-19, Isteri Nazrief Nazri Beri Pesanan Khas Buat Jururawat, Minta Ikut SOP

Baru sahaja menimang cahaya mata sulung, pelakon Nazrief Nazri dan isteri khabarnya telah menerima berita sedih apabila anak mereka yang digelar ‘baby Noah’ itu telah disahkan positif COVID-19.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan isteri Nazrief, Aizatul Aqma menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Jelas Aqma, Noah pada mulanya hanya mengalami gejala berkahak sebelum disahkan positif wabak tersebut.

Dalam pada itu, Aqma yang juga personaliti media sosial itu tampil memberi pesanan khas buat para jururawat dan para petugas kesihatan agar sentiasa menjaga SOP agar kejadian ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Advertisement

Doakan Noah cepat sihat ya. Lepas tu nak pesan, nurse kalau nak jalankan tugasan tolong ikut SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah, tapi situasi sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.

Tambahnya lagi, tindakan petugas kesihatan memeluk bayinya itu sesuka hati membuatkan dirinya berasa sangat geram dan seperti ingin mengikat mereka di pokok yang mempunyai kerengga.

Baby Noah Nazrief NazriSumber : Instagram Aizatul Aqma  
Baby Noah Nazrief NazriSumber : Instagram Aizatul Aqma  

Sekadar info, Nazrief dan Aqma telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 November 2019 bertempat di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Aqma juga telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan, Putrajaya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Anak Positif COVID-19, Isteri Nazrief Nazri Beri Pesanan Khas Buat Jururawat, Minta Ikut SOP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments