Pelakon dan juga pengacara, Yasmin Hani mengakui dirinya berasa sedih apabila ada di antara rakan artisnya masih enggan divaksin meskipun ia diberi secara percuma oleh kerajaan.
Apa yang membuat dirinya bertambah kecewa apabila ada rakan artis yang dianggap sebagai saudara tidak mahu menerima suntikan pelali itu namun masih keluar rumah seperti biasa.
Tambahnya lagi, rakannya itu seperti tidak mempunyai fakta kukuh dalam menyokong tindakan mereka untuk menolak vaksin serta solusi untuk perkembangan anak-anak mereka pada masa hadapan kelak.
Apabila saya mendapat tahu kawan saya enggan mengambil vaksin, saya tergamam. Alamak, kenapa engkau eh? Aku sayang kau. Kau baik dengan aku. Dia selalu tanya khabar saya dan perkembangan terkini saya. Tapi rupanya dia seperti itu. Jadi saya memang tak boleh berjumpa dengan dia.
Disebabkan oleh itu, Yasmin berkata dia mengambil keputusan untuk tidak mendekati mana-mana individu yang enggan divaksin kerana lebih memikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya di rumah.
Perkembangan lain, Yasmin kini muncul dengan drama terbaharu berjudul The Hotel yang sudah menemui penonton sejak 15 September lalu menerusi saluran Astro Ria.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Jauhkan Dari Rakan Artis Enggan Vaksin, Yasmin Hani Akui Sedih Dan Tergamam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments