#Hiburan: Netizen Dakwa Buat Lambang Dajjal Dan Gaya Iluminati, Ini Komen Ringkas Mimi Lana

Menerusi hantaran foto terbaru yang dimuat naik oleh pelakon Mimi Lana di Instagram, terlihat sekeping gambar memperlihatkan pelakon itu membentuk segi tiga dengan menggunakan kedua ibu jari, jari telunjuk dan jari hantunya.

Advertisement

Gaya tiga segi itu telah meraih perhatian daripada warganet yang kebanyakkannya menggaitkan Mimi dengan Illuminati dan tidak kurang juga ada yang menuduh gambar tersebut persis lambang Dajjal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Dalam pada ramai yang mendakwa Mimi membuat gaya Illuminati, ada seorang individu membalas komen dengan membuat andaian nama pelakon itu kian menaik kerana terlibat dengan agenda tersebut.

Advertisement

Sebab tu cepat naik glamor sekarang.

Bagaimanapun, Mimi tidak terus membiarkan warganet membuat andaian kosong, beliau membalas komen yang mengaitkannya sebagai sebahagian daripada agenda Illuminati dengan nada berseloroh.

Tahu virus coronapalatau tak? Tak tahu Google.

Komen IG Mimi Lana

Meskipun Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin telah cuba untuk mendiamkan warganet dari menuduh dirinya, tetapi masih ada lagi sesetengah pengikut yang menasihati beliau untuk memadam gambar tersebut.

Salah faham je rasanya ni.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Netizen Dakwa Buat Lambang Dajjal Dan Gaya Iluminati, Ini Komen Ringkas Mimi Lana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments