#Hiburan: Sejuk Mata Memandang, Anak Sulung Shuib Dah Pandai Jaga Ayash Afffan Di Rumah

Shuib Sepahtu baru-baru ini ada memuat naik perkembangan anak bongsungya, Ayash Affan di media sosial Instagram miliknya.

Advertisement

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gelagat anak sulung, Uwais Al Qarni yang tidak kekok menjaga adiknya itu di rumah.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37, dia berasa bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sangat bertanggungjawab.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Uwais dilihat sedang menepuk-nepuk belakang badan dan memujuk adiknya yang sedang menangis.

Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai pengikut media sosial usahawan air minuman BubbleBee itu tampil memuji tindakan Uwais yang saling tak tumpah wajahnya dengan Allahyarhamah Siti Sarah itu.

“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan.” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.

Pemergian Siti Sarah telah meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suaminya, Shuib Sepahtu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sejuk Mata Memandang, Anak Sulung Shuib Dah Pandai Jaga Ayash Afffan Di Rumah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments