#Hiburan: Beli 1000 Unit Test Kid COVID-19, Hafiz Mahamad Niat Derma Pada Golongan Memerlukan

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad khabarnya ada membeli 1000 unit kit ujian pantas COVID-19, baru-baru ini.

Advertisement

Sehubungan itu, Hafiz menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya ada meluahkan hasrat untuk mendermakan kit tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Memahami ramai yang terkesan dari segi ekonomi ketika musim pandemik ini, Hafiz merasakan orang ramai sepatutnya tidak berasa terbeban untuk memiliki kit ujian pantas COVID-19 tersebut.

Advertisement

Saya dah pesan 1,000 unit kit ujian COVID-19. Tempoh hari, saya ada beritahu yang saya ingin dermakan kit ini kepada sahabat saya yang memerlukan. Ketika musim COVID-19, benda ini sangat penting. Walaupun harga RM19 bagi kita murah, tapi tidak untuk segelintir sahabat. Selain kit ini, mereka juga perlu membeli keperluan lain seperti susu dan pampers anak.

Dalam pada itu, suami kepada personaliti media sosial Syafiqah Aina ini juga berharap sumbangannya itu dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Test kit Hafiz MahamdSumber : Instagram Hafiz Mahamad  

Hanya berniat untuk berkongsi rezeki, Hafiz juga memohon doa orang ramai agar urusan perniagaannya sentiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Beli 1000 Unit Test Kid COVID-19, Hafiz Mahamad Niat Derma Pada Golongan Memerlukan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments