#Hiburan: “Aurat Isteri Tu” – Kongsi Foto Terbaru, Aiman Hakim Ditegur Netizen

Sudah menjadi lumrah anak seni apabila setiap perbuatan menjadi perhatian peminat. Lebih-lebih lagi hari ini, peminat boleh berhubung terus dengan selebriti menerusi media sosial.

Terbaru, Aiman Hakim meraih perhatian pengikut Instagram gara-gara memuat naik foto keluarga menampakkan bahagian dada isterinya, Zahirah Macwilson.

Advertisement

Dalam hantaran itu, pelakon tersebut menyertakan lima keping foto bersama anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees. Foto keluarga kecil itu walau bagaimanapun menerima teguran daripada peminat.

aiman hakim

 

Advertisement

Rata-rata memintanya supaya memadam hantaran berikutan terdapat foto yang menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya. Mereka turut menasihati Aiman agar lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar untuk mengelakkan kontroversi.

Salah seorang warganet berkata,

Suami jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja. Suka ke orang lain duk tengok aurat isteri awak?

Sementara itu, ada juga yang menasihati warganet supaya menjaga bahasa dalam memberi teguran. Menurutnya, nasihatlah dengan cara baik supaya tidak menjatuhkan air muka seseorang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Aurat Isteri Tu” – Kongsi Foto Terbaru, Aiman Hakim Ditegur Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments