Kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal dilaporkan semakin menjadi bualan hangat netizen berikutan tularnya beberapa video dan mesej lucah di media sosial.
Sehubungan dengan itu, pihak polis juga dilaporkan telah membuka satu kertas siasatan berkaitan dengan kes ini.
Terkini, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran telegramnya ada mendedahkan klip video sumpah laknat seorang individu.
Individu tersebut dipercayai adalah abang kepada mangsa serangan seksual pendakwah terkenal itu dan menurut lelaki itu, adiknya telah menerima mesej serta panggilan video daripada pendakwah tersebut sehingga membuatkan mangsa mengalami kemurungan selain membunuh diri.
Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa adik saya mengalami kemurunga, tekanan dan cuba membunuh diri setelah xxx melakukan perbuatan terkutuk melalui WhatsApp dan juga panggilan video kepada adik saya. Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya.
Jelas FIrdaus Wong, dia telah berjumpa mangsa dan juga ahli keluarganya menerusi aplikasi Google Meet selama hampir dua jam, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa adalah sebagai saksi bagi membuktikan adiknya telah menerima mesej dan panggilan video lucah sehingga menyebabkan tekanan mental kepada mangsa.
Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutu itu.
Firdaus Wong dalam pada itu meminta mereka yang telah menjadi mangsa agar tidak takut dan terus tampil ke hadapan bagi mendedahkan perbuatan terkutuk ini sebagai pengajaran kepada mereka yang lain di lurar sana.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments