Pelakon dan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Rafidah Ibrahim tampil menyampaikan pesanan kepada kaum wanita di luar sana agar lebih berhati-hati supaya tidak terpedaya dan menjadi mangsa gangguan seksual kaum lelaki.
Malah, Rafidah turut berkongsikan pengalamannya ketika pernah menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh itu suatu masa dahulu di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Saya pernah bekerja di suatu tempat. Pada awalnya kata-kata gatal atau lucah mungkin terlepas sebab bergurau. Tapi ternyata salah. Semakin hari semakin galak pula ‘dia’ bercakap perkara lucah sehingga di malam hari melalui telefon.
Kata pelakon filem Kongsi itu lagi, pengalamannya itu telah membuatkan dia tertanya-tanya mengenai nasib wanita yang bakal menempuhi alam pekerjaan dan apakah persediaan mereka berdepan risiko menjadi gangguan seksual nanti.
Dia dalam pada itu turut berkongsikan perbualannya bersama seorang pensyarah dari Indonesia, Yusria Ahmad berkaitan isu tersebut.
Kata Yusria, jika ia (gangguan seksual) masih lagi berterusan, para wanita digalakkan untuk letak jawatan sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Rafidah dalam pada itu menitipkan nasihat agar kaum wanita untuk terus kuat dan sentiasa berhati-hati dalam memelihara maruah diri.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Pernah Kena Gangguan Seksual, Rafidah Ibrahim Minta Wanita Di Luar Sana Agar Lebih Berhati-Hati first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments