#Hiburan: Sewa Sebulan RM2,500, Ini Kondominium Tempat Sajat Bersembunyi Di Bangkok

Kembali menjadi tumpuan, nama Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat mula menjadi buah mulut netizen apabila dia khabarnya  dikesan berada di Bangkok dan telah ditahan pihak berkuasa negara Gajah Putih itu.

Advertisement

Difahamkan, kediaman yang menjadi tempat persembunyian usahawan kosmetik itu selama ini bertempat di Bangkok iaitu kondominium The Lofts, Yennakart.

The Lofts YennakartSumber : Google  

Lokasi kondominium itu juga mengambil masa lebih 13 jam perjalanan dari sempadan negara Padang Besar, Kedah jika menaiki kereta.

Sajat kemudian dikatakan menyewa satu unit kondominium 18 tingkat itu semenjak bergelar pelarian pada bulan Mac lalu.

Malah, kediaman yang boleh dikatakan mewah itu disewa Sajat dengan kadar RM2,500 sebulan dan lengkap dengan kemudahan kolam renang serta gimnasium.

Advertisement

Dia juga dilaporkan menyewa bersama seorang rakannya sehinggalah ditahan anggota Imigresen Thailand pada 4 Jun yang lalu.

SajatSumber : Google  

Sajat yang kemudian didakwa di mahkamah Thailand telah pun dibebaskan pada 10 September dengan wang jaminan bernilai RM8,343 oleh seorang warga tempatan pada tanggal 9 September.

Malah, ada ura-ura mengatakan bahawa terdapat usaha dilakukan beberapa pertubuhan dan negara tertentu untuk menghalang kerajaan Malaysia membawa pulang Nur Sajat kembali ke tanah air bagi menghadapi urusan perbicaraan yang tertunda.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sewa Sebulan RM2,500, Ini Kondominium Tempat Sajat Bersembunyi Di Bangkok first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments