#Hiburan: Bercinta Dah 12 Tahun, Shiha Zikir Tak Terburu-Buru Soal Kahwin

Penyanyi dan juga personaliti TV, Shiha Zikir berkata bahawa dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga meskipun sudah hampir 12 tahun menyulam cinta bersama kekasih hati.

Advertisement

Ujar Shiha, sebagai wanita dia juga ingin menjaga maruah dan tidak mahu terlalu kerap berkongsi mengenai isu jodoh dan juga perkahwinan kepada umum.

Shiha Zikir KamarulSumber : Kosmo Online  

Jelasnya lagi, dia percaya kepada takdir tuhan dan tidak terburu-buru dalam merencanakan sesuatu perkara apatah lagi membabitkan soal pasangan hidup.

Dalam hal ini, saya sendiri tak berani nak keluarkan sebarang kenyataan selagi majlisnya belum betul-betul akan berlangsung. Sebab saya bukan jenis yang terkejar-kejar soal kahwin dan tak mahu perkara tersebut terjadi dalam keadaan tergesa-gesa. Jangan risau, jika ada, saya akan kongsi kepada semua.

Tambah kekasih kepada Kamarul Arifin itu lagi, dia mengakui banyak menerima soalan bilakah akan melangsungkan majlis memandangkan umurnya kini sudah mencecah 34 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Terdahulu, Shiha menerusi sebuah laporan media memaklumkan bahawa dia dan Kamarul tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bercinta Dah 12 Tahun, Shiha Zikir Tak Terburu-Buru Soal Kahwin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments