Masih hangat dibincangkan di media sosial tentang cara yang betul untuk mengislam saudara baharu. Isu ini menjadi perbincangan selepas Aisar Khaled berkongsi video yang menunjukkan dirinya mengislamkan seorang lelaki bangsa India.
Cara Aisar mengislamkan orang ini turut mendapat perhatian PU Amin yang berpendapat apa yang dilakukan Aisar itu sangat baik. Bagaimanapun, Aisar perlu mendapatkan nasihat dari pihak jabatan agama atau orang yang lebih berpengetahuan. PU Amin turut tidak mahu apa yang dilakukan Aisar ini menjadi kebiasaan kerana ada cara yang lebih baik.
Dai kongsi hadis palsu?
Tindakan Aisar ini bagaimanapun turut mendapat sokongan pengikutnya dan juga beberapa pihak. Antara yang menarik perhatian adalah komen dari seorang Dai yang berkongsi sebuah hadis. Hadis itu berbunyi seperti:
Barangsiapa yang tangannya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga.
Hadis yang dikongsikan Dai ini bagaimanapun menarik perhatian seorang netizen di Twitter dengan nama @ibn_ramzi. Dia merupakan seorang editor bagi laman Semak Hadis dan admin untuk @hakasunnah. Dia menjelaskan hadis tersebut adalah hadis dhaif berat di mana perawinya munkar dan sanadnya juga dhaif.
hadis ini bukan daripada Nabi ?. malah ianya adalah dhaif berat. pertama ianya ada perawi yang munkar (ruj Mizan i’tidal ). dan juga sanadnya dhaif.
Mengajak orang bukan muslim kepada islam adalah usaha yang baik, namun pastikan dengan cara yang betul. https://t.co/RI6RJAjfFG
— ibn ramzi (@ibn_ramzi) September 27, 2021
Apa yang diterangkan ibn ramzi ini turut pernah dibincangkan laman Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 yang akhirnya memutuskan bahawa hadis tersebut adalah palsu. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments