Selepas 21 hari dilahirkan, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati mengumumkan nama anak ke-6 mereka iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Pelakon Ozlynn juga ada memuat naik foto jari jemari si kecil itu di Instagram untuk tatapan peminat.
Pasangan itu memanjatkan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata perempuan itu khabarnya Johan telah memberi kata putus bahawa itu anak yang terakhir buat keluarga besar mereka.
Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania. Di hari Jumaat yang indah 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun lalu, akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar. Syukur kepada Allah kami diberi peluang merasa nikmat ini sekali lagi, bermata panda di malam hari. Berebut siapa dan mengendong baby, 3 putera 3 puteri. Akhirnya suami kata cukup setakat ini.
Ozlynn dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana yang masih menunggu kehadiran cahaya mata agar tidak berputus asa dan berdoa kerana dalam tidak sedar, ada nikmat lain yang lebih besar telah dikurniakan Allah S.W.T.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji keunikan nama si comel itu dan menitipkan doa agar Cherdiq akan membesar sebagai seorang anak yang solehah.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan bahawa mereka telah selamat menimang cahaya mata ke-6 pada 3 September 2021 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Sangat Unik, Nur Latifah Cherdiq Hanania Nama Anak Perempuan Johan Dan Ozlynn Wati first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments