#Hiburan: “Sama-Sama Pelat, Mungkin Ada Jodoh..” King Coco Kata Tak Minat Kenal Dengan Caprice

Sekian lama menyepi daripada media sosial, pemilik nama King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, kembali menjadi buah mulut netizen apabila dia tampil mendedahkan bahawa sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

Advertisement

Ibu tunggal anak dua ini menjelaskan mengenai status dirinya setelah mendapat perbincangan baik bersama bekas suaminya untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Susulan daripada itu, muncul pula idea-idea ‘nakal’ daripada netizen yang ingin menjodohkan ibu tunggal anak kedua itu dengan penyanyi rap, Caprice.

Kata netizen, keduanya seperti sesuai untuk dijodohkan kerana mempunyai persamaan yang sama iaitu pelat dalam bertutur.

King Coco yang ditemubual secara maya oleh sebuah media berkata dia tidak minat dijodohkan dengan Caprice dan turut berkata penyanyi rap itu tidak mempunyai ciri-ciri lelaki pilihan.

Post a Comment

0 Comments