Pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin baru-baru ini berkongsikan pengalaman menunaikan solat di sebuah masjid terletak di Amerika Syarikat.
Ujar Lana, di sana pengurusan masjid tidak mengamalkan sebarang penjarakan fizikal dan diskriminasi vaksinasi.
Jelas pemilik nama Mazlina Hasan Nodin ini lagi, saf masjid di Amerika Syarikat juga tidak dijarakkan dan jemaah boleh menunaikan solat sama seperti keadaan sebelum COVID-19.
Alhamdulillah dengan izinnya masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami. Suprisingly ramai umat Islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya COVID dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini.
Lana berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Dia dalam pada itu turut mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabatnya yang berada di Malaysia terus dilindungi daripada dijangkiti virus COVID-19.
Terdahulu, Lana pernah berkongsi momen makan di restoran di mana dia dan keluarga tidak perlu melalui sebarang pemeriksaan suhu dan sebagainya.
Malah, Lana juga dilihat membawa anak-anaknya mandi dan berhibur di tempat awam.
Lana dan keluarga telah berangkat ke negara Uncle Sam itu pada pertengahan September 2021 dan semenjak itu dia banyak berkongsi keadaan rakyat di Amerika Syarikat dalam menghadapi fasa pandemik COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Tiada Penjarakan Fizikal Dan Diskriminasi, Lana Nodin Puji Pengurusan Masjid Di USA first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments