#Hiburan: Pilih ‘Hujan Emas’ Di Negeri Orang, Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat

Pelakon sensasi, Lana Nodin mengakui dirinya lebih selesa dan bebas berada di negera kelahiran suaminya, Amerika Syarikat (AS).

Advertisement

Ujar Lana lagi, dia lebih menghargai keberadaannya di  AS berbanding negara tumpahnya darah, Malaysia.

Perkara tersebut dikongsi Lana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Lana juga berkongsi aktiviti hariannya di sana di mana dia dilihat lebih bebas untuk membeli belah tanpa sebarang sekatan mahupun diskriminasi.

Advertisement

Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi maaf ya, quote anda bagi ni, buat masa sekarang saya lebih memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli belah seperti ini.

Namun begitu, Lana menegaskan bahawa hantarannya itu bukanlah berniat untuk mencetuskan provokasi atau diskriminasi di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberi sokongan dengan kenyataan Lana itu di mana mereka berpendapat bahawa situasi di Malaysia sangat berbeza dengan keadaan di luar negara.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini teruk dikecam apabila dia tampil mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri. Dr Noor Hisham sekitar bulan Ogos yang lalu.

Lana kemudian menegaskan bahawa dia bukanlah golongan anti vaksin seperti yang didakwa netizen dan tetap akan mengambil suntikan pelali itu di Amerika Syarikat, tidak lama lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Pilih ‘Hujan Emas’ Di Negeri Orang, Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments