#Hiburan: Otai Masih Berbisa, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian

Semalam, tular sebuah video memaparkan penyanyi terkenal negara, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.

Apa yang mencuri perhatian adalah gaya bersahaja Anuar yang pada ketika itu ‘menarik’ teh tarik sambil menyanyikan lagu popular, Lelaki Ini.

Dalam video tersebut, adik kepada penyanyi Ziana Zain juga dipercayai sedang bersama sekumpulan jemaah tabligh dan ia disahkan oleh pengurus Anuar Zain, Nana Ahmad.

Ujar Nana lagi, penyanyi tersebut turut meminta agar jadualnya dikosongkan sehingga 14 September ini.

Sekarang ini pun dia masih dalam khuruj. Kalau nak tahu lebih lanjut kita tunggu ia keluar dari Anuar sendiri ya. Anuar minta cuti dari minggu lalu sehingga 14 September 2021. Tapi saya tidak begitu pasti untuk apa, jadi tunggu saja penjelasan dia.

Menjengah ke ruangan media sosial, netizen teruja melihatkan sosok tubuh penyanyi itu yang masih kacak dan tidak dimamah usia di samping kemerduan suara yang kekal sejak azali.

Selain Anuar dan Nabil, terdapat beberapa selebriti tempatan lain juga dilihat bersama-sama dua figura terbabit mendalami ilmu agama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Otai Masih Berbisa, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments