#Hiburan: ‘Kawan Baik’ Dah Direman Tiga Hari, Andi Bernadee Perjelas RM70k Duit Bayaran Drama Perisik Cinta Tak Diundang

Susulan daripada kes penipuan melibatkan kerugian bernilai RM70,000, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee memaklumkan bahawa individu yang dituduh telah pun direman selama tiga hari dan dibebaskan pada minggu lalu.

Advertisement

Ujar Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, dia turut memberitahu bahawa kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah, tidak lama sahaja lagi.

Kata Andi, kes tersebut masih dalam peringkat siasatan dan belum ke mahkamah kerana menunggu lagi satu prosedur sebelum ke peringkat yang seterusnya. Tambahnya lagi, dia juga masih belum menerima sejumlah wang yang ditipu oleh individu tersebut.

Dalam pada itu, Andi memaklumkan bahawa duit yang diambil ‘rakan baiknya’ itu adalah bayaran yang sepatut diterimanya menerusi lakonan dalam drama terbaharu berjudul Perisik Cinta Tak Diundang.

Duit yang dia ambil itu merupakan bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang. Hasil titik peluh saya bekerja dari awal tahun. Tapi saya percaya satu benda..mungkin bukan rezeki saya dan duit boleh cari. Tapi saya bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya. Sekurangnya saya nampak benda ni awal sebelum saya terima tawaran dengan bayaran yang lebih besar.

Advertisement

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu telah ditipu sahabat merangkap pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Berikutan itu, Andi tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk tindakan undang-undang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Kawan Baik’ Dah Direman Tiga Hari, Andi Bernadee Perjelas RM70k Duit Bayaran Drama Perisik Cinta Tak Diundang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments