#Hiburan: “Istimewa Sangat Hadiah Ibu..” Ayash Affan Muka Seiras Shuib, Kuat Minum Susu

Pelawak dan juga usahawan, Shuib menzahirkan rasa syukur apabila sudah boleh bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Shuib menerusi ruangan Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.

Jelas usahawan air minuman Bubblebee itu lagi, dia berpeluang meluangkan masa selama tiga jam bersama Ayash, semalam.

Shuib juga mengungkapkan luahan rindu buat Siti Sarah dan turut berterima kasih di atas hadiah istimewa terakhir yang diberikan oleh arwah isterinya itu.

Advertisement
Shuib Sepahtu IG StorySumber : Instagram Shuib  

 

Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg. Menyusu kuat dan comel sangat-sangat! Muka macam daddy lah ibu, memang hadiah istimewa sangat hadiah dari ibu.

Terdahulu, Shuib ada memaklumkan bahawa dia sudah dibenarkan untuk bertemu cahaya mata bongsunya itu di hospital.

Sekadar info, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra,8, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Istimewa Sangat Hadiah Ibu..” Ayash Affan Muka Seiras Shuib, Kuat Minum Susu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments