Perasaan bercampur baur yang kini sedang dilalui oleh pasangan selebriti, Johan dan Ozlyn Waty apabila anak sulung mereka iaitu Ahmad Ariq Hanania terbang ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana Ahad lalu.
Kerana merindukan anak sulungnya itu di rumah, Ozlyn berkongsi momen manis mereka sebelum Ariq berangkat meninggalkan Malaysia.
Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama takkan pernah berhenti selagi bernyawa.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran video yang dikongsi, dilihat Johan sedang bergurau sambil mendukung anak lelakinya itu, manakala anak-anak yang lain turut meminta bapanya membuat perkara yang sama kepada mereka.
Difahamkan, biarpun sering bergurau senda bersama anak-anak, Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim amat tegas ketika mendidik anak-anak terutama Ariq selaku anak sulung.
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata pengikut serta rakan selebriti turut merasa syahdu dengan coretan yang dibuat oleh seorang ibu selain menzahirkan ucapan tahniah kepada Ariq yang bakal menempuh fasa mencabar untuk bergelar sebagai doktor.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Bakal Doktor, Anak Sulung Ozlyn Dan Johan Sambung Belajar Di Ireland first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments