#Hiburan: Anak Dah Tanya Adik Baharu, Stacy Ungkap Sedang Usaha Cuma Belum Ada Rezeki

Penyanyi, Stacy Anam akui sudah berusaha untuk menambah bilangan ahli keluarga, anak-anaknya juga sudah mula bertanyakan mengenai adik baharu.

Advertisement

Stacy atau nama sebenarnya Syaikhah Stacy Anam berkata biarpun sebelum ini ada merancang untuk menjarakkan usia anak, namun sekarang ini dia serahkan semuanya pada Allah S.W.T.

Mungkin jawapan ini dianggap klise oleh segilintir pihak, namun kami sudah berusaha ke arah itu cuma belum ada rezeki lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Menurut penyanyi tersebut, sebelum ini dia dan suaminya, Akim ada merancang untuk memberi jarak kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap anak-anak mereka supaya tiada yang tertinggal.

Siapa kita hendak mempersoalkan perancangan Allah S.W.T. Ia sesuatu yang tak dapat dijangka.

Stay dan keluarga

Sekadar info, Stacy berkahwin dengan Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret pada 5 Februari 2016.

Penyanyi lagu Kyahal itu mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella De Luna Valentina, 8 dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 4 tahun, hasil perkongsian hidup bersama Akim.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anak Dah Tanya Adik Baharu, Stacy Ungkap Sedang Usaha Cuma Belum Ada Rezeki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments