#Hiburan: Tasha Manshahar Akui Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra Dianne

Mendengar berita pemergian bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne yang meninggal dunia Jumaat lalu, penyanyi Tasha Manshahar akui dirinya turut merasai perkara itu seperti kehilangan besar dalam hidupnya.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

Biarpun hanya mengenali arwah sebagai rakan industri, namun menurut Tasha, berita kematian Sandra itu benar-benar memberi impak kepadanya. Bahkan, sewaktu menyaksikan konsert tribute Sandra Dalam Kenangan, kata Tasha emosinya turut tersentuh.

View this post on Instagram

I cant help but to say something about her tonight. Pernah kenal arwah, pernah beberapa kali jumpa masa show sama dulu. Tak rapat tapi pemergiannya beri impak yang besar, not only to me but many people. Suprisingly, yang tak pernah mengenali arwah pun terasa kehilangan. Sedih ni bukan sedih yg biasa. Sedih bercampur cemburu. Cemburunya sebab sebegini sekali ramai org menceritakan kebaikan dia, sedangkan selama ni tak ramai pun notice kewujudan arwah. Sedih. Arwah tinggalkan kita dengan banyak perkara untuk kita muhasabah. Tapi lagi sedih sbb ada org-org yg lgsg tak jaga sensitiviti. Malah, tak rasa menjaga sensitiviti tu penting pun. Semua org ada pendapat masing-masing, tp bukan semua kita boleh share openly. Ada benda yg lebih baik kalau disimpan sendiri supaya tak menyakitkan hati. Arwah dah selesai tugas dia di dunia, kita ni? Allah bg masa utk kita beringat sebenarnya. Kita sendiri pun dah running out of time. Kenapa bazir buat/bercakap benda tak berpahala. Apa nak jawab pada Allah dekat sana? 🥺 I believe, untuk dia dapat peghormatan sebegini sekali, mudahnya urusan pengebumian dia, pasti ada kebaikan yg kita sendiri tak mampu lakukan. Entah-entah, ada perbualan/doa dia pada Allah lebih ikhlas berbanding kita. Lebih bersungguh. Lebih tulus. We never know. Sepanjang menonton #bigstage2020 #sandradalamkenangan , saya betul-betul terkesan. Tak sangka akan sama2 nangis. Lagi terkesan bila Farisha bagitahu yang sebelum kemalangan, arwah ada tunjuk DM-DM haters hntr kepada arwah dan itu buat arwah sangat down. I wonder, now, can those haters sleep at night? Yg pergi tetap pergi. Tp kita yang masih tinggal ni, apa je yg kita plan nk buat? Rasa kagum dengan sikap arwah. Rasa malu pun ada, banyak betul kebaikan dia, penyayangnya dia dengan ibu bapa & keluarga, disayangi kawan-kawan, disenangi strangers. Aura baik ni bukan milik org kaya, atau org ternama, atau org bijak pandai, tp milik org yg hatinya tiada lain melainkan kebaikan semata. Semoga kita tergolong dalam kalangan org-org yg memiliki hati yang sejahtera. Aamiin. #selfreminder Takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah kurniakan ketabahan. Al-Fatihah buat Sandra 🌷

A post shared by @ tashamanshahar on

“Sepanjang menonton #bigstage2020 #sandradalamkenangan, saya betul-betul terkesan. Tak sangka akan sama-sama nangis. Lagi terkesan bila Farisha bagitahu yang sebelum kemalangan, arwah ada tunjuk DM-DM haters hantar kepada arwah dan itu buat arwah sangat down.”

Dalam pada itu, Tasha mendedahkan, pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu “Hey kau” itu sebenarnya meninggalkan banyak iktibar kepada kita semua untuk terus bermuhasabah.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

“Sedih ni bukan sedih yang biasa. Sedih bercampur cemburu. Cemburunya sebab sebegini sekali ramai orang menceritakan kebaikan dia, sedangkan selama ni tak ramai pun perasan kewujudan arwah. Arwah tinggalkan kita dengan banyak perkara untuk kita muhasabah.”

Bagaimanapun, Tasha khabarnya seakan terkilan dengan sikap segelintir pihak yang dengan mudah melontarkan kata-kata tanpa memikirkan sensitiviti.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

“Ada benda yang lebih baik kalau disimpan sendiri supaya tak menyakitkan hati. Arwah dah selesai tugas dia di dunia, kita ni? Allah bagi masa untuk kita beringat sebenarnya. Kita sendiri pun dah kesuntukan masa. Kenapa bazir buat atau bercakap benda tak berpahala.”

Untuk rekod, Sandra telah pergi menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu selepas lima hari bertarung nyawa di hospital akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments