#Hiburan: Ajai Terkilan Lagu Ciptaannya Tak Sempat Dinyanyikan Sandra Dianne

Mendedahkan dirinya telah mencipta sebuah lagu berjudul Biarlah Ia Berlalu kepada peserta Big Stage 2020 iaitu Allahyarhamah Sandra Dianne tidak kesampaian, penyanyi dan composer Ajai akui terkilan dengan perkara itu.

Ajai Terkilan Lagu Ciptaannya Tak Sempat Dinyanyikan Sandra Dianne

Katanya, lagu tersebut sudah dicipta sejak tahun lalu, namun segalanya tidak dapat diteruskan kerana Sandra dikhabarkan telah bertukar syarikat pengurusan.

Ajai yang juga juri tetap program berkenaan memaklumkan bahawa beliau tidak akan memberikan lagu ciptaannya itu kepada mana-mana penyanyi kerana lagu bergenre balada itu hanya sesuai dengan nada suara unik Sandra.

Ajai Terkilan Lagu Ciptaannya Tak Sempat Dinyanyikan Sandra Dianne

“Saya ada cipta lagu untuk arwah Sandra pada tahun lalu.. lagu itu genre balada. Sepatutnya dah ada persetujuan dengan pihak pengurusannya ketika itu tapi ia tertangguh sebab arwah bertukar syarikat pengurusan.”

Ajai Terkilan Lagu Ciptaannya Tak Sempat Dinyanyikan Sandra Dianne

Ajai mengemukakan kenyataan tersebut ketika menghadiri siding media konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Ajai Terkilan Lagu Ciptaannya Tak Sempat Dinyanyikan Sandra Dianne

Sekadar informasi, Sandra telah meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya pada Jumaat lepas selepas enam hari berada dalam keadaan kritikal. Arwah yang bersama sepupunya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke PICC untuk sesi latihan rancangan Big Stage terbitan Astro.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments