Malaysia: Azizah mahu jadi suri rumah selepas Anwar jadi PM

Wan Azizah mungkin bersara dari dunia politik setelah Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. – Foto NSTP

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan tidak aktif politik jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun akan memastikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pandan, berakhir sebelum memuktamadkan keputusan untuk berbuat demikian.

“Ia seperti sudah kembali kepada satu pusingan lengkap apabila perkara ini berlaku tidak lama dulu. Saya ketika itu adalah isterinya tetapi sekarang saya diberikan tanggungjawab dan amanah ini (sebagai Timbalan Perdana Menteri).

“Jadi saya rasa adalah lebih baik untuk tidak aktif dalam politik selepas menamatkan penggal perkhidmatan nanti,” katanya menjawab pertanyaan media dalam temubual khas sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengulas perancangannya berikutan Anwar yang juga Presiden PKR, dinamakan PH sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau berharap untuk menumpukan tanggungjawab sebagai isteri termasuk menyokong kerjaya suaminya seperti pernah dilakukan ketika Ahli Parlimen Port Dickson itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Selama ini pun saya sentiasa menyokongnya. Tetapi dulu saya bekerja di hospital jadi doktor, sekarang mungkin saya akan terbabit semula untuk menjaga (kesihatan) bahunya,” katanya.

Dr Wan Azizah menegaskan walaupun tidak lagi terbabit secara aktif dalam politik selepas ini, beliau akan sentiasa setia memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap parti dan negara jika diperlukan.

“Penting untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Melihatkan kedudukan saya sekarang dan apa yang pernah saya lalui, rasanya saya masih boleh memberikan sumbangan,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

The post Azizah mahu jadi suri rumah selepas Anwar jadi PM appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments