Malaysia: Bina masjid sendiri, jangan harapkan bantuan – Tun Mahathir

Dr Mahathir menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis berbuka puasa di Masjid An Najah, Ayer Hitam, Jerlun pada Sabtu. – Foto Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan.

Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah yang dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan.

“Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka.

“Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu.

Sementara itu BERNAMA melaporkan Dr Mahathir berkata rakyat jangan terlalu bergantung kepada pemberian orang kerana ia boleh melemahkan jiwa seseorang.

“Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain bila tidak ada orang lain kita akan jatuh kerana tidak ada keupayaan untuk mempertahankan diri kita.

“Sebab itu walaupun dalam bulan puasa ini kita menghulur duit raya umpamanya tetapi jangan jadi ia sebagai punca pendapatan. Belajar cari duit sendiri jangan bergantung kepada orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan di Masjid Nurus Salam, Kampung Ewa.

“Kita sedar bahawa pada bulan puasa kita perlu menghulur derma kepada orang-orang yang tidak berkeupayaan seperti kepada mereka yang sakit.

“Kita perlu beri derma tetapi bagi orang yang sihat lebih baik lagi kalau berusaha sendiri untuk membekalkan diri dengan duit ringgit dan sebagainya,” katanya dipetik Bernama. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

The post Bina masjid sendiri, jangan harapkan bantuan – Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments