#Hiburan: Luah Rindu Pada Anak, Netizen Mahu Aliff Aziz Dan Bella Astillah Berbaik

Tidak dinafikan, kemelut rumah tangga Aliff Aziz antara yang paling mendapat perhatian ramai sejak dia kantoi curang sehingga akhirnya bercerai dengan Bella Astillah pada 16 Mei lalu.

Selepas seminggu bercerai, Aliff menerusi luahan hati di Instagram mengakui dia terlalu rindu pada anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean. Aliff berharap anaknya itu akan sentiasa mengingati dirinya.

Rata-rata netizen agak tersentuh melihat foto dua beranak itu dan memberikan kata-kata semangat serta nasihat agar Aliff berubah menjadi seorang insan yang lebih baik. Jangan lagi mengulangi kesilapan yang telah menghancurkan rumah tangganya. Malah, ada juga yang berharap agar satu hari nanti Aliff dapat berbaik dengan bekas isterinya.

Mungkin benar kata orang, bila kita sudah merasa kehilangan barulah kita hargai apa yang kita ada sebelum ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments